KEMERIAHAN SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR PADA BULAN KEMERDEKAAN
Dilaporkan oleh : Nurul Nabilah Bt Razali
Dilaporkan oleh : Nurul Nabilah Bt Razali
Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat yang amat dinantikan oleh seluruh warga Malaysia. Detik ini yang telah membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah tanpa pertumpahan darah. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita seharusnya berusaha mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini sebaik mungkin. Oleh yang demikian,kita haruslah menerapkan semangat patriotisme di dalam diri setiap pelajar dan guru agar melahirkan generasi yang cintakan sejarah. Sekolah Menengah kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar telah menjalankan pelbagai aktiviti sempena menyambut hari kemerdekaan Negara yang ke-53.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan di sekolah ini adalah melukis poster Satu Malaysia,membuat pokok kemerdekaan,sketsa,membuat bendera Malaysia daripada agar-agar dan sebagainyaBagi pertandingan melukis poster Satu Malaysia ia melibatkan semua pelajar.Kemudian semua hasil pelajar telah digantung di ruangan Legar Ilmu sekolah. Para pelajar juga membuat kad ucapan kemerdekaan dan hasilnya telah digantung pada pokok kemerdekaan. Pokok ini telah menjadi salah satu tarikan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kuiz kemerdekaan telah dijalankan setiap pagi pada waktu perhimpunan. Para pelajar berebut-rebut untuk menjawab soalan yang telah diajukan oleh guru bertugas. Seterusnya, diadakan juga sketsa kronologi Malaysia mencapai kemerdekaan bermula pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Sketsa ini telah dilakonkan oleh pelajar dari tingkatan 4Sains dengan bimbingan Pn.Woo Lee Fang.
Selain itu, aktiviti paling istimewa sepanjang bulan Kemerdekaan ini adalah membuat bendera Malaysia daripada agar-agar. Semua warga sekolah telah membuat persediaan sehari sebelum majlis penutupan Kemerdekaan pada 17 September 2010 yang berlarutan sehingga jam 6 petang. Walaupun penat,kami tetap berasa gembira dan bangga melibatkan diri dalam proses membuatan bendera daripada agar-agar tersebut.
Lagu patriotik telah menyemarakkan lagi semangat para pelajar untuk menyambut Hari kemerdekaan Negara telah dimainkan pada setiap hari ketika waktu rehat.
Sepanjang bulan nasionalisme ini, SMK Kompleks Sultan Abu Bakar telah mengadakan pertandingan kelas paling patriotik. Setiap kelas diberi tempoh selama tiga minggu untuk menceriakan kelas dengan bendera dan menyediakan sudut Kemerdekaan. 4 Sains telah dinobatkan sebagai Kelas Paling Patriotik.
Di samping itu, sambutan hari raya juga dilaksanakan bagi meraikan bulan syawal. Kemeriahan amat dirasai oleh semua warga SMK Kompleks Sultan Abu Bakar. Majlis penutupan Bulan Bahasa juga telah diadakan dan semua murid dapat mempraktikkan aktiviti ‘Triple S’ iaitu senyum,sapa dan salam pada setiap masa. Program ini memberi impak yang positif kepada semua pelajar .
Secara keseluruhannnya majlis sambutan bulan kemerdekaan berjalan dengan lancar berkat sokongan dan kerjasama daripada seluruh warga SMK Kompleks Sultan Abu Bakar. Diharap program sebegini dapat dijalankan lagi pada tahun akan datang.