Wednesday, 2 March 2011

Kursus Dalaman Panitia Sejarah 2011

SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR     
Kursus Dalaman
Penandaan Kerja Kursus Sejarah
2011
Tarikh              : 18 Februari 2011 (Jumaat)
Masa                : 1.00 hingga 2.00 petang
Tempat            : Bilik KH
Kehadiran        : Woo Lee Fang, Siti Rohaidah binti Basiron, Nor Syalfarina Bt Abd Samat
 Fasilitator        : Pn Noli Bt Elias
Rasional           :

Pelaksanaan Kerja Kursus Sejarah bertujuan memenuhi matlamat pendidikan Sejarah yang menyepadukan unsur pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah dan penerapan unsur patriotisme. Pelaksanaan kerja kursus memberi pengalaman secara langsung kepada calon untuk mengkaji sejarah Malaysia. Melalui pengkajian ini, kemahiran sejarah seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus dan merekod fakta sejarah dapat dinilai. Pengalaman melaksanakan kerja kursus ini dapat membentuk generasi yang peka dan berminat terhadap sejarah serta mengamalkan unsur patriotisme.

Objektif           :
Supaya guru-guru mata pelajaran sejarah tingkatan 1 hingga 3 dapat;
a) mengetahui cara pelaksanaan dan penandaan kerja kursus sejarah
b) membolehkan guru menilai hasil kerja calon pada akhir pelaksanaan kerja kursus.

Sasaran           :
Guru-guru sejarah tingkatan 1 hingga 3


Maklumat Am
·         Guru mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus.
·         Kerja kursus ini wajib dilaksanakan oleh semua calon PMR.
·         Kerja kursus hendaklah dilaksanakan oleh calon PMR dari bulan Februari hingga bulan Julai.
·         Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus ini bagi semua calon mengikut panduan jadual pelaksanaan.
·         Guru hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya.
·         Guru hendaklah membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia.
·         Guru hendaklah memaklumkan kepada calon mengenai elemen, aspek dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus.
·         Guru mesti memastikan calon melaksanakan ketiga-tiga elemen kerja kursus.
·         Guru hendaklah membimbing calon untuk menghasilkan kerja yang terbaik supaya mereka memperoleh tahap pencapaian cemerlang.
·         Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan.
·         Guru hendaklah memaklumkan markah calon supaya mereka boleh memperbaiki hasil kerja.
·         Guru hendaklah memaklumkan tahap pencapaian calon.
·         Borang Markah Calon (BMC/1) hendaklah diisi untuk merekod pencapaian calon dan disimpan di sekolah.
·         Guru hendaklah memindahkan maklumat dari BMC/1 ke borang markah yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan.
·         Borang Markah Calon (BMC/2) hendaklah diisi sekiranya calon berpindah sekolah untuk tindakan sekolah baru.

Sistem Penilaian
Penilaian kerja kursus berdasarkan sistem Skor Berdasarkan Elemen (SBE).

Definisi
Skor Berdasarkan Elemen (SBE) ialah satu kaedah menyatakan prestasi calon berdasarkan penguasaannya dalam sesuatu elemen yang dinilai. Skor ini menunjukkan keupayaan calon sendiri dan tidak boleh dibandingkan dengan calon lain. Guru hendaklah membimbing calon untuk memperoleh tahap pencapaian cemerlang bagi setiap elemen.

Pelaporan
·         Skor bagi SBE meliputi markah, kod dan tahap pencapaian calon.
·         Jumlah markah bagi tiga elemen dikira bagi menentukan kod dan tahap pencapaian calon.
·         Penentuan kod dan tahap pencapaian calon.
·         Calon mendapat Kod 1, Kod 2 dan Kod 3 setelah melaksanakan ketiga-tiga elemen. Calon mendapat Kod 4 sekiranya melaksanakan satu atau dua elemen sahaja.



No comments:

Post a Comment