Friday, 6 May 2011

BACALAH4

Apakah tujuan utama Sistem Ahli dibentuk ?

Melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu
Hasrat British  untuk menjalankan dasar dekolonisasi
Mengurangkan tekanan daripada Parti Komunis Malaya.

Mana-mana 2 x 1m
Senaraikan dua ciri-ciri Sistem Ahli?

Satu sistem kabinet bayangan
Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli
Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota.
Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi

Mana-mana 2 x 1m
Nyatakan proses perlaksanaan sistem Ahli?
                                                                                       
Setiap ahli diberikan tugas menjaga satu potfolio/jabatan
Mengurus pentadbiran harian jabatan tersebut
Bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya.
            Mana-mana 2 x 1m
Nyatakan kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran negara?
                                                                             
Melatih orang tempatan kea rah berkerajaan sendiri.
Memulakan proses perpaduan kaum
Menentukan kemerdekaan mendapat sokongan seluruh penduduk Tanah Melayu
Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir
                                                             
    Mana-mana 2 x 1m
Pada pendapat anda, bagaimakah cara untuk mengekalkan  persefahaman kaum di Malaysia?         

Bersatu padu
Hormat menghormati
Tolak ansur
Berkerjasama
Mana-mana yang munasabah
Mana-mana 2 x 1m


Nyatakan tugas utama suruhanjaya Reid?

Menyusun perlembagaan persekutuan
Merangka sebuah perlembagaan bagi persekutuan yang merdeka.

Mana-mana 1 x 1m
Nyatakan empat isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam melaksanakan tugasnya?

Kedudukan Raja-Raja Melayu
Hak istimewa orang Melayu
Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
Kerakyatan jus soli  menjadi tuntutan orang dagang yang tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Mana-mana 4 x 1m
Mengapakah orang Melayu tidak menerima syarat kerakyatan Jus Soli?
                                                                                        
Syarat kerakyatan yang longgar
Orang Melayu akan kehilangan hak negara mereka
Orang bukan Melayu akan bertambah ramai
Rakyat tanah jajahan British yang lain akan bertumpu ke Tanah Melayu
            Mana-mana 2 x 1m
Pada pandangan anda, apakah kepentingan undang-undang terhadap masyarakat sesebuah negara?

Menjamin kestabilan negara
Menjaga keadilan masyarakat
Mencegah daripada berlakunya jenayah
Menjaga hak asasi manusia

Mana-mana 3 x 1m










Agama Hindu dan Buddha telah meninggalkan kesan yang ketara ke atas pelbagai aspek kehidupan masyarakat awal di Asia Tenggara.
Bagaimanakah cara  penyebaran agama Hindu ke Asia Tenggara?                   
F1. Dibawa oleh Ksyatria
F2. Disebarkan melalui golongan penakluk dari India
F3. Membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara
F4. Dibawa oleh pedagang/ vaisya
F5. Perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M.
F6. India mendapatkan logam emas dari Asia Tenggara
F7. Maharaja Vespian Rom memberhentikan perdagangan emas dengan India
F8. Mengelak kehilangan sumber emas
F9. Memberi ruang lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara
F10. Di bawa oleh golongan Brahmin
F11. Pengambilan aspek kebudayaan yang menarik sahaja
F12. Kemudia disesuaikan dengan budaya tempatan

Terangkan pengaruh Hindu dan Buddha dalam system pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara.                                                                                 
F1. Mengamalkan system beraja dari India
H1a. Bermulanya penggunaan raja untuk ketua kerajaan
F2. Raja berada di puncak pemerintahan
H2a. Di bawahnya terdapat kerabat diraja
H2b. Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
H2c. Diikuti dengan rakyat
H2d. Hamba golongan paling bawah
F3. Raja berkuasa mutlak
H3a. Meliputi pentadbiran/ hubungan luar/ ketenteraan
H3b. Perintah raja menjadi undang-undang
H3c. Sesiapa melanggar perintah raja dianggap menderhaka
H3d. Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F4. Raja sebagai bayangan tuhan
H4a. Rakyat takut menderhaka
H4b. Lahir konsep dewa raja dalam system pemerintahan
H4c. Dipercayai memiliki kesaktian
F5. Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
H5e. Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status
F6. Wujud adapt istiadat pertabalan raja
H6a. Bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
H6b. Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
H6c. Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
F7. Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
H7a. Bertujuan menjadi raja terulung
H7b. Mendirikan kompleks kota
H7c. Lambang konsep alam semesta / orde kosmos

Apakah peranan bahasa Sanskrit dalam bidang kesenian dan kesusasteraan masyarakat awal di Asia Tenggara?                                                                                                                         
F1. Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat
F2. Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat
F3. Tentang agama, pemerintahan, raja dan undang
F4. Batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja
F5. Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan agama Buddha
F6. Memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu.
F7. Contoh inskripsi di Palembang
F8. Menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat
F9. Batu bersurat di Lembah Bujang
F10. Perkataan bahasa Melayu berasal dari perkataan Sanskrit
F11. Dosa/ duka / derhaka/ manusia/ pahala/ rupa/ sengsara
F12 Bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
F13. Pengaruh dalam kesusasteraan
F14. Epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas
F15. Pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa
F16. Negarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha, Kunjarkarma
F17. Penceritaan lisan dan wayang kulit
F18. Mahabrata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan
F19. Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama   


Nyatakan dua cara untuk mengukuhkan kedaulatan raja.
Raja dianggap bayangan tuhan
Konsep dewa-raja
Raja dianggap memiliki kesaktian
Penggunaan unsur mitos dan legenda tentang asal usul raja
Diwujudkan istiadat pertabalan
Bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah
Mana-mana 2 x 1m

Senaraikan dua golongan yang terlibat dalam pentadbiran pusat dalam kerajaan Srivijaya.
Yuvaraja
Pratiyuvaraja
Raja Kumara
Raja Putra
Mana-mana 2 x 1m

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mewujudkan  taat setia kepada raja?
Penggunaan gelaran
Adat istiadat
Pendidikan
Peranan golongan pemerintah, ahli agama
mana-mana jawapan munasabah

BACALAH3


    
Senaraikan dua ciri sistem pendidikan di India.

Mementingkan keagamaan / agama Hindu dan Buddha
Hanya didominasi oleh kaum lelaki sahaja
Golongan wanita tiada ruang untuk menerima pendidikan
Perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda
Bahasa Sanskit sebagai medium pengajaran
Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab
Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
Supaya mereka dapat hidup dengan sempurna
Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman
Penubuhan universiti agama Buddha, iaitu Nalanda
Melahirkan Brahmin yang berpendidikan
Meningkatkan ilmu sains / karya saintifik / falsafah
Mengatasi bua huruf
Mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

Mana-mana 2 x 1m

Apakah dua keistimewaan sistem pendidikan tamadun China?

Bermatlamat untuk lulus peperiksaan awam kerajaan
Terdapat tiga peringkat pendidikan
Iaitu pendidikan rendah / menengah / tinggi
Peringkat sekolah rendah – mengenal /  menghafal tulisan ideogram
Menghafal sembilan buah buku suci
Tidak perlu memahami makna
Peringkat menengah – tumpuan terhadap karangan / sastera
Peringkat tinggi – menterjemah buku suci
Menjurus kepada kepentingan pentadbiran
Mereka yang lulus peperiksaan berpeluang menjadi pegawai kerajaan / pendidik
Mana-mana 2 x 1m
Perkembangan sistem pendidikan di Yunani telah melahirkan tokoh-tokoh seperti golongan:

Cendikiawan / intelektual
Sejarawan
Tokoh pemikir dalam bidang sains dan teknologi
Ahli falsafah
Mana-mana 2 x 1m

Bagaimanakah sistem pendidikan membawa kegemilangan kepada tamadun Rom?

Mementingkan aplikasi ilmu dan praktikal
Menanam semangat setia akan negara
Banyak pusat pendidikan dan ilmu didirikan
Melahirkan jurutera yang membina sistem pengairan / bangunan / jalan raya
Melahirkan ahli falsafah
Melahirkan sejarawan Rom
Mana-mana 2 x 1m

Apakah tujuan pendidikan dalam masyarakat Athens?

melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
Melahirkan manusia yang cemerlang
Melahirkan manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal
Melahirkan manusia yang dapat memberi sumbanagn kepada kesejahteraan hidup manusia

Berikan mata pelajaran yang dititikberatkan di Athens.
Pendidikan
Sukan
Muzik
Kesusasteraan
Seni berpidato
Menghafal
Menulis
Membaca

Nyatakan matlamat pendidikan bagi masyarakat Sparta
Melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah
Setia kepada Negara kotanya

Apakah tumpuan pendidikan yang diberikan dalam Tamadun Rom?
Aplikasi ilmu yang praktikal
Semangat setia kepada Rom

Pada pendapat anda, mengapakah sistem pendidikan di negara kita bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek?

Melahirkan warga negara yang celik huruf / berilmu
Melahirkan warga negara yang bersahsiah tinggi
Melahirkan warga negara yang cinta akan negara
Melahirkan warga negara yang sihat / cerdas/ cergas
Memupuk semangat inkuiti
Menguasai pelbagai bidang ilmu
  a . Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islah ?
Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap islam
                                                                                               (2 Markah )
b. Senaraikan dua akhbar yang memuatkan pandangan Kaum Muda.
                      i.   Saudara                                                            
                     ii.  Semangat islam
                     iii. Al Ikhwan, Neracha
                     iv Idaran Zaman
                     v. Pengasuh
                     vi. Al Imam
(2 Markah )
                                                                                               
   c. Nyatakan tiga idea Kaum Muda

i.                    Menjana ajaran islam dari sudut kemajuan dunia
ii.                  Gesaan memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu
iii.                Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang islam
iv.                Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berusaha memajukan orang Melayu
                                                                                                [  3 Markah ]

   d. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam
                 perjuangan mereka.

i.             Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman kaum tuan
ii.           Undang-undang dikeluarkan oleh Negeri-negeri Melayu menghalang
              pengaruh kaum muda
iii.                   Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan sultan
iv.                   Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah kaum muda ke negeri-
             negeri itu
                                                                                                [ 3 Markah ]
a.   Berikan nama 2 pemimpin Kesatuan Melayu Singapura

i.                    Mohamad Eunos Abdullah
ii.                  Tengku Kadir Ali
iii.                Embok Suloh
                                                                                    [ 2 markah ]

b. Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Mohamamed Eunos Abdullah melalui       
    Kesatuan Melayu Singapura
     
i.                    Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
ii.                  Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat
iii.                Mendesak British memberi perhatian terhadap kebajikan orang Melayu
iv.                Memperoleh kawasan petempatan khas bagi orang Melayu Singapura
v.                  Mendorong penubuhan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan di negeri-negeri Melayu
                                                                                          [ 3 markah]

c.   Senaraikan bukti-bukti yang menunjukkan Kesatuan Melayu Muda adalah bersifat politik
           
i.                    Berkerjasama dengan Jepun menghalau British di Tanah Melayu
ii.                  Menjadikan KMM alat propaganda Jepun
iii.                Membeli Warta Malaya untuk menjadi alat propaganda anti British
iv.                Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu
v.                  Menubuhkan cawangan KMM di Maahad  Ihya Assyarif
vi.                Membentuk tentera semut untuk menentang British
                                                                                                [3 markah ]

d.  Mengapakah Kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan    kemuncak kesedaran orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua?

i.                    Merupakan kemucak kesedaran kebangsaan orang Melayu
ii.                  Membincangkan kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan
iii.                Mendedahkan layanan pilih kasih British terhadap orang Melayu
iv.                Mewujudkan perpaduan orang Melayu menentang British
v.                  Mengatasi masalah kenegerian di kalangan orang Melayu untuk menentang British
vi.                Menunjukkan perpaduan orang Melayu dalam gerakan menentang British
                                                                                    [2 markah ]
Berikan dua ciri perjanjian Malayan Union.

Semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat disatukan
Seorang gabenor British akan mengetuai Melayan Union
Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan
raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya membincangkan soal  agama dan adat istiadat Melayu
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik di setiap negeri sebagai ketua pentadbir 

Senaraikan dua alasan orang Melayu menolak pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang.
Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi
Ekonomi orang Melayu bertambah mundur
Pendidikan orang Melayu bertambah mundur
Jumlah orang Melayu semakin kecil       

Mengapakah golongan Melayu radikal menyokong Malayan Union?
Setuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik yang dapat melicinkan pentadbiran
Menyokong dasar sama rata yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu
Menyokong kerakyatan Malayan Union kerana boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing
Mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
Pemerintahan Malayan Union bersifat barat
Ingin menghapuskan system feudal Melayu
Tidak mengiktirafkan kuasa raja dan pembesar
Ingin menjalankan konsep republic dan melaksanakan konsep Melayu Raya
Hal ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan     

Senaraikan pertubuhan yang menyokong Malayan Union.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
Barisan Tani Malaya (BATAS)

(a)Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan.
           
Persediaan untuk TM ke arah membentuk pemerintahan sendiri
Untuk menjimatkan kos pentadbiran
Melahirkan pentadbiran yang licin
Mewujudkan pembangunan ekonomi yang seimbang antara negeri
Membentuk satu bangsa Malayan Union
Mengurangkan kuasa politik orang Melayu                                                                                

(b)Syarat-syarat Perjanjian Malayan Union.
Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua Negeri Selat disatukan
Seorang Gabenor British dilantik untuk mengetuai Malayan Union.
Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk
Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
Kerakyatan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli
Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik di setiap negeri sebagai ketua pentadbir

                                                                                                  [(c)Faktor-faktor orang Melayu menentang Malayan Union.
Cara Sir Harold MacMichael mendapatkan persetujuan Raja-Raja  Melayu.  Raja-Raja Melayu diugut / Tidak diberi masa yang cukup kerana atas dasar setia kawan
Keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk Melakukan pembaharuan politik.
Menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu./ hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu / hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu / kehilangan kuasa memungut zakat.
Orang Melayu menolak pemberian kerakyatan yang longgar.
Dasar terbuka British mengancam status-quo orang Melayu.
Kemasukan orang dagang menjadikan jumlah orang Melayu kecil.
Kemasukan orang dagang menyebabkan ekonomi dan pendidikan orang       Melayu bertambah mundur.
Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun Melayu.

(d)Reaksi orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap gagasan Malayan Union.
Menyuarakan bantahan melaui akhbar-akhbar Melayu
Mengadakan demonstrasi sedara damai
Menghidupkan semula persayuan-persayuan Melayu untuk menentang Malayan Union
Menghantar telegram / surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu
Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union
Mengadakan rapat umum
Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan