SEJARAH TINGKATAN EMPAT
BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
SOALAN ESEI : ARAS 2
1. Jelaskan ciri-ciri masyarakat zaman neolitik. (12 markah)
- Hidup menetap – kelompok besar dan bermasyarakat.
- Menyara hidup – cucuk tanam dan ternak binatang.
- Alat-alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
- Mempunyai bahan tembikar.
- Mula mewujudkan pengkhususan kerja.
- Hasil artifak mereka lebih baik.
- Pada akhir zaman ini – mula melebur logam.
- Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.
2. Jelaskan perkembangan pengkhususan kerja masyarakat tamadun Mesopotamia. (12 markah)
- Ia berlaku kerana wujudnya lebihan hasil pertanian.
- Maka ada petani bertukar kerja menjadi peniaga, pedagang.
- Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus.
- Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah.
- Maka logam, kayu-kayan, emas dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka.
- Terdapat juga pengusaha tekstil, tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk.
- Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada
musuh.
3. Jelaskan bagaimanakah bandar terancang tamadun Indus dimajukan. (10 markah)
- Terbahagi kepada 2 bahagian.
- Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan
pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimbah kawasan pertanian.
- Bahagian kedua – kawasan perumahan.
- Kemajuan bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Ia juga
hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Bandar di sini berasaskan blok-blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh
jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain.
- Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.
- Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
4. Jelaskan amalan-amalan berkaitan keagamaan masyarakat tamadun Hwang Ho. (5 markah)
- Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.
- Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai,
bukit dan gunung.
- Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh
bomoh.
- Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.
- Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang
boleh ditafsir olehnya.
5. Jelaskan faktor-faktor yang membantu kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho.
(8 markah)
- Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh
Shih Huang Ti.
- Teknologi membajak, cangkul dan sabit telah dicipta.
- Petani telah mula menggunakan batas tanaman.
- Kemudian alat pertanian kayu ditukar kepada besi
No comments:
Post a Comment