SEJARAH TINGKATAN EMPAT
BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
SOALAN OBJEKTIF.
1.  Tokoh sastera Yunani yang terkenal ialah Homer dan Hesiod. Apakah judul 
     epik terkenal yang dihasilkan oleh Homer?  (Hlm 61)
A   History of Persian War
B   Theology dan Work and Days
C   Iliad dan Odyssey
D   Mahabrata dan Ramayana      
2.      Pendidikan semasa Tamadun Yunani, khususnya di Athens sangat dipentingkan. 
      Apakah teknik pengajaran yang digunakan untuk melahirkan pelajar yang petah 
      bercakap?  (Hlm 53)
A   Seni berpidato
B   Mewarisi bahasa Yunani
C   Mengadakan perbahasan umum
D   Penghasilan karya bermutu                                                                    
3.      Berbanding sistem sosial di India, kelas sosial dalam masyarakat China lebih bersifat 
      fleksibel kerana...  (Hlm 63)
A   Peluang pendidikan mengubah status sosial
B   Kerjaya politik tidak terhad
C   Perkahwinan mengubah status individu
D   Rakyat bebas membantah penindasan sosial                                           
4.      Salah satu ajaran penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Siapakah pengasas 
      ajaran tersebut?  (Hlm 67)
A   Confucius
B   Lao Tze
C   Shih Huang Ti
D   Siddharta Gautama                                                                                  
5.      Sistem peperiksaan awam di China adalah yang tertua di dunia dan dikawal selia
      secara ketat. Mengapa?  (Hlm 55)
A   Menggalakkan rakyatnya berdisiplin 
B   Untuk mengekalkan mandat pemerintahan 
C   Persaingan antara wilayah di China
D   Melahirkan pegawai kerajaan yang berwibawa                                       
6.      Kewujudan masyarakat pagan di Eropah mendorong perkembangan meluas agama Kristian. Mengapa?  (Hlm 66)
A   Membuat petempatan disekitar tempat ibadat
B   Membantu membina tempat ibadat di Eropah
C   Menjalankan aktiviti penjelajahan untuk menyebar agama 
D   Merupakan masyarakat yang belum menganut sebarang agama             
7. Athens, Sparta dan Corinth merupakan tiga kota yang penting dalam tamadun
      Yunani.Apakah bentuk pemerintahan yang diberi penekanan di kota Sparta? 
      (Hlm 43)
      A   Masyarakat bersatu padu
      B   Kewujudan masyarakat monumen
      C   Persaingan ekonomi 
      D   Pemerintahan tentera                                                                                       
8.      Jalan sutera membuktikan hubungan erat diantara Tamadun India, dengan Alam Melayu, China, Timur Tengah dan Barat. Hubungan ini terjalin melalui… (Hlm 52)
      A   Hubungan perdagangan 
      B   Hubungan diplomasi yang diwarisi
      C   Penyebaran agama Buddha
      D   Hubungan penjajah dengan tanah jajahan                                              
9.   Sistem pemerintahan tamadun Yunani sering bertukar ganti., sistem pemerintahan                 
      manakah yang memberi penguasaan kepada konsul di Yunani?  (Hlm 42)
      A   Sistem  oligarki
      B   Sistem  teokrasi
      C   Sistem  monarki 
      D   Sistem antokrasi                                                                                        
10.      Bagaimanakah kod undang-undang Hammurabi dan Hukum Kanun 12 dapat difahami
      umum?  (Hlm 46)
       A  Melalui pendidikan sekolah
       B  Dipamerkan ditempat awam
       C  Memaksa rakyat menghafalnya
       D  Memasukkan nya kedalam ajaran agama                                                  
11.  Pemerintahan Rom  pada abad ke 2M telah mewujudkan majlis x yang
menjalankan pentadbiran dan kewujudannya membawa kemajuan dan
keselesaan hidup. Apakah Majlis x ? (Hlm 39)
menjalankan pentadbiran dan kewujudannya membawa kemajuan dan
keselesaan hidup. Apakah Majlis x ? (Hlm 39)
       A  Majlis Perundangan 
       B  Majlis Daerah 
       C  Majlis Pembandaran 
       D  Majlis bandaraya                                                                                      
12.  Tahap baru ini telah diperkenalkan oleh orang Aryan  kepada masyarakat Indus 
       yang telah  melahirkan agama Hindu .Tahap ini dikenali sebagai  (Hlm 40)
       A  Zaman Vedik
       B  Zaman Batu
       C  Zaman Gelap
       D  Zaman Empayar                                                                                     
13.  Pengasas Dinasti Chin yang telah berjaya membentuk sebuah empayar melalui 
perluasan jajahan takluknya ialah.. (Hlm 41)
perluasan jajahan takluknya ialah.. (Hlm 41)
       A  Maharaja Han Wu Ti 
       B  Maharaja Min Chih 
       C  Maharaja Shih Huang Ti
       D  Maharaja Han Fei Tzu                                                          
14. Dalam tamadun Yunani, terdapat sebuah badan yang membantu raja menjalankan
pentadbiran. Badan ini dipanggil...(Hlm 42)
      A   Kehakiman 
      B   Ketenteraan
      C   Keagamaan
      D   Konsul                                                                                                
15. Semua warga negara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan 
Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun. Sistem ini ialah.... (Hlm 43)
Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun. Sistem ini ialah.... (Hlm 43)
      A   Beraja mutlak
      B   Monarki
      C   Republik
      D   Demokrasi                                                                                           
16. Nama buku yang ditulis oleh Plato yang mengutarakan tentang kepentingan
undang-undang. Tajuk buku tersebut ialah….. (Hlm.46)
undang-undang. Tajuk buku tersebut ialah….. (Hlm.46)
      A   Democratics
      B   Republic
      C   Veda
      D   Dictator                                                                                               
17. Nama undang-undang pertama yang dikenali sebagai Papan 12 dan diletakkan
di tempat awam untuk tatapan rakyat ialah...(Hlm.46)
di tempat awam untuk tatapan rakyat ialah...(Hlm.46)
    A .            Hukum  Kanun 12 
    B.             Hukum  Kanun Rom 
    C.             Undang-undang Justinian
    D.             Kod Undang-undang Rom
18.  Nama tiang batu yang di letakkan di tepi jalan terukir segala titah 
       perintah di raja pada zaman Dinasti Mourya ialah ... (Hlm 46-47)
   A.  Gurkha 
   B.  Asoka 
   C.  Maurya
   D.  Dharma sastra                                                                                     
19. Ahli falsafah Han Fei Tzu pada Zaman dinasti Chin telah memperkenalkan undang-undang  yang dapat mengawal tingkah laku manusia. Undang-undang ini dipengaruhi oleh falsafah. (Hlm 47)    
      A   Legalisme
      B    Liberalisme
      C    Sosialisme
      D    Demokrasi                                                                                        
20. Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin menghapuskan  golongan bangsawan dan melantik gabenor dan panglima untuk mentadbir.Beliau menjalankan pemerintahan secara  (Hlm 49)
A   Monarki
B   Demokrasi
C   Auatokratik
D    Birokrasi                    
No comments:
Post a Comment