SEJARAH TINGKATAN EMPAT
BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
SOALAN STRUKTUR : ARAS 1
1.Zaman prasejarah ialah zaman manusia belum mengenali tulisan. Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi. Zaman ini mengalami perubahan daripada kehidupan berpindah randah kepada kehidupan menetap.
(a) Nyatakan dua kegiatan masyarakat paleolitik. (2 markah)
- menangkap ikan, memburu binatang, memungut hasil hutan
(b) Nyatakan dua kegiatan masyarakat neolitik. (2 markah)
- cucuk tanam, ternak binatang
(c) Namakan dua pembahagian zaman logam. (2 markah)
- zaman Gangsa, Besi
(d) Namakan dua hasil ciptaan zaman logam kesan penggunaan besi. (2 markah)
- ciptaan perahu, rumah
(e) Namakan dua contoh kota pertahanan zaman logam. (2 markah)
- Catal Huyuk dan Jericho
2. Pembentukan tamadun adalah hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
Kewujudan petempatan kekal adalah ciri penting kemunculan tamadun ini. Manusia mula menetap dan bermulalah corak hidup yang lebih sistematik.
(a) Nyatakan empat lapisan sistem sosial masyarakat tamadun awal. (4 markah)
- bangsawan, pembesar, rakyat biasa, hamba.
(b) Apakah unsur yang digunakan oleh raja atau pemerintah tamadun awal bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. (1 markah)
- unsur magis.
(c) Apakah nama sistem perdagangan berkaitan pertukaran barang kesan kemajuan pengkhususan pekerjaan. (1 markah)
- sistem barter.
No comments:
Post a Comment