SEJARAH TINGKATAN EMPAT
BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
SOALAN STRUKTUR : ARAS 2
1. Tamadun Mesopotamia dimulakan oleh masyarakat Neolitik. Kemudian orang Sumeria berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan penduduk. Tamadun ini telah memberi banyak sumbangan kepada peradaban dunia.
(a) Nyatakan dua prinsip utama Kod Undang-undang Hammurabi. (2 markah)
- hak rakyat dan keadilan.
(b) Berikan dua fungsi tulisan Mesopotamia berkaitan urusan pentadbiran dan perniagaan. (2 markah)
- menulis resit, nota dan surat kredit.
(c) Berikan dua contoh ilmu pengetahuan utama yang pesat berkembang ketika era kegemilangan tamadun Mesopotamia.(2 markah)
- astronomi, matematik, perubatan.
(d) Namakan dua bentuk kenderaan yang menghubungkan masyarakat Mesopotamia dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean. (2 markah)
- kapal layar, roda.
(e) Apakah bangunan yang berkaitan dengan seni bina keagamaan Mesopotamia yang terkenal. (1 markah)
- ziggurat.
(f) Namakan empayar pertama di dunia. Empayar ini telah berjaya menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria. (1 markah)
- kerajaan Akkad.
2. Tamadun Mesir terletak di tebing Sungai Nil yang mengalir dari utara Mesir ke Laut Mediterranean. Sungai Nil ini terbahagi dua iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Tanah di sekitar Sungai Nil amat subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian.
(a) Nyatakan empat pembahagian zaman tamadun Mesir purba. (4 markah)
- zaman awal, pertengahan, empayar dan keruntuhan.
(b) Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman. (1 markah)
- neolitik.
(c) Namakan dua kumpulan orang asing yang pernah memerintah Mesir Purba. (2 markah)
- orang Libya, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.
(d) Namakan tiga contoh bandar yang muncul kesan penyatuan nome di Mesir. (3 markah)
- Thinis, Memphis, Thebes.
No comments:
Post a Comment