SEJARAH TINGKATAN EMPAT
BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
JANGAN GUNA POINT - INI SKEMA JAWAPAN GURU
SOALAN ESEI : ARAS 1
1. Nyatakan ciri-ciri kehidupan masyarakat zaman paleolitik dan mesolitik. (8 markah)
- Hidup secara nomad – berpindah randah.
- Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua.
- Cara hidup – kelompok keluarga dan berkumpulan.
- Menyara hidup – menangkap ikan, memburu binatang, memungut hasil hutan.
- Alat-alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni.
2. Nyatakan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan tamadun Mesopotamia. (8 markah)
- Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan, wakil tuhan dan pemilik negara kota.
- Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja, kecuali Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “Raja Empat Penjuru Alam”.
- Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta.
- Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat.
- Zigurat ialah pusat ibadat, perdagangan, dan menyimpan khazanah negara.
- Raja turut berkuasa dalam soal tanah, cukai, pertanian dan perniagaan.
- Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga.
3. Nyatakan perkembangan tulisan tamadun Mesir. (5 markah)
- Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.
- Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
- Tulisan digunakan bertujuan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.
4. Nyatakan perkembangan dan kepentingan ilmu perubatan kepada orang-orang Mesir. (5 markah)
- Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat.
- Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
- Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan
No comments:
Post a Comment