SEJARAH TINGKATAN EMPAT
BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
SOALAN ESEI : ARAS 3
1. Mengapakah ilmu matematik amat penting dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesir. (10 markah)
- Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian.
- Membina bekalan air dari Sungai Nil.
- Membina bangunan dan piramid.
- Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir.
- Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan
pertanian hasil kemajuan pengairan.
- Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun.
2. Terangkan peranan setiap golongan masyarakat tamadun Indus mengikut susun lapis masyarakat
mereka. (5 markah)
- Terbahagi dua golongan atasan dan bawahan.
- Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
- Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
- Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.
- Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
- Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
- Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok dan terusan.
3. Buat perbandingan sistem pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chao yang pernah berkuasa di China.
v Sistem pemerintahan Dinasti Shang;
- Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja
- Raja berkuasa di pusat pentadbiran.
- Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.
- Raja dibantu bangsawan.
- Raja dibantu pegawai kerajaan.
- Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah.
- Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang-undang.
- Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao.
v Sistem pemerintahan Dinasti Chao;
- Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah.
- Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.
- Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja.
- Pembesar diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
- Mereka juga melindungi raja.
- Mereka juga menyediakan tentera ketika perang.
- Pembesar ini juga menjadi ketua agama.
No comments:
Post a Comment