Friday, 11 March 2011

Esei-Bab 1 Tingkatan 4 (Aras3)

SEJARAH TINGKATAN EMPAT

BAB 1:  KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA


SOALAN ESEI : ARAS 3


1. Mengapakah ilmu matematik amat penting dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesir.  (10 markah)

-     Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian.
-     Membina bekalan air dari Sungai Nil.
-     Membina bangunan dan piramid.
-     Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir.
-     Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan
      pertanian hasil kemajuan pengairan.
       -      Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun.

2. Terangkan peranan setiap golongan masyarakat tamadun Indus mengikut susun lapis masyarakat
    mereka.  (5 markah)

-     Terbahagi dua golongan atasan dan bawahan.
-     Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
-     Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
-     Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.
-     Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
-     Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
-     Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok dan terusan.
     

3. Buat perbandingan sistem pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chao yang pernah berkuasa di China.

v  Sistem pemerintahan Dinasti Shang;
-     Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja
-     Raja berkuasa di pusat pentadbiran.
-     Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.
-     Raja dibantu bangsawan.
-     Raja dibantu pegawai kerajaan.
-     Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. 
-     Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang-undang.
-     Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao.

v  Sistem pemerintahan Dinasti Chao;
-     Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah.
-     Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.
-     Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja.
-      Pembesar diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
-     Mereka juga melindungi raja.
-     Mereka juga menyediakan tentera ketika perang.
-     Pembesar ini juga menjadi ketua agama.

Struktur-Bab 1 Tingkatan 4 (Aras 2)

SEJARAH TINGKATAN EMPAT

BAB 1:  KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA


SOALAN STRUKTUR : ARAS 2


1.   Tamadun Mesopotamia dimulakan oleh masyarakat Neolitik. Kemudian orang Sumeria berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan penduduk.  Tamadun ini telah memberi banyak sumbangan kepada peradaban dunia.

(a) Nyatakan dua prinsip utama Kod Undang-undang Hammurabi. (2 markah)
- hak rakyat dan keadilan.

(b) Berikan dua fungsi tulisan Mesopotamia berkaitan urusan pentadbiran dan perniagaan. (2 markah)
- menulis resit, nota dan surat kredit.

(c) Berikan dua contoh ilmu pengetahuan utama yang pesat berkembang ketika era kegemilangan tamadun Mesopotamia.(2 markah)
- astronomi, matematik, perubatan. 

(d) Namakan dua bentuk kenderaan yang menghubungkan masyarakat Mesopotamia dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean. (2 markah)
- kapal layar, roda.
           
(e) Apakah bangunan yang berkaitan dengan seni bina keagamaan Mesopotamia yang terkenal. (1 markah)
- ziggurat.

(f) Namakan empayar pertama di dunia.  Empayar ini telah berjaya menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria. (1 markah)
- kerajaan Akkad.


2.  Tamadun Mesir terletak di tebing Sungai Nil yang mengalir dari utara Mesir ke Laut Mediterranean. Sungai Nil ini terbahagi dua iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Tanah di sekitar Sungai Nil amat subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian.

(a) Nyatakan empat pembahagian zaman tamadun Mesir purba. (4 markah)
- zaman awal, pertengahan, empayar dan keruntuhan.

(b) Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman. (1 markah)
- neolitik.

(c) Namakan dua kumpulan orang asing yang pernah memerintah Mesir Purba. (2 markah)
- orang Libya, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.

(d) Namakan tiga contoh bandar yang muncul kesan penyatuan nome di Mesir. (3 markah)
    - Thinis, Memphis, Thebes.

Esei-Bab 1 Tingkatan 4 (Aras2)

SEJARAH TINGKATAN EMPAT

BAB 1:  KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA


SOALAN ESEI : ARAS 2

1. Jelaskan ciri-ciri masyarakat zaman neolitik.  (12 markah)

        -   Hidup menetap – kelompok besar dan bermasyarakat.
        -   Menyara hidup – cucuk tanam dan ternak binatang.
        -   Alat-alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
        -   Mempunyai bahan tembikar.
        -   Mula mewujudkan pengkhususan kerja.
        -   Hasil artifak mereka lebih baik.
        -   Pada akhir zaman ini – mula melebur logam.
        -   Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.

2. Jelaskan perkembangan pengkhususan kerja masyarakat tamadun Mesopotamia.  (12 markah)

-     Ia berlaku kerana wujudnya lebihan hasil pertanian.
-     Maka ada petani bertukar kerja menjadi peniaga, pedagang.
-     Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus.
-     Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah.
-     Maka logam, kayu-kayan, emas dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka.
-     Terdapat juga pengusaha tekstil, tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk.
-  Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada
   musuh.
            
        
3. Jelaskan bagaimanakah bandar terancang tamadun Indus dimajukan. (10 markah)

- Terbahagi kepada 2 bahagian.
- Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan
   pentadbiran, tempat mandi awam  dan tempat menyimbah kawasan pertanian.
- Bahagian kedua – kawasan  perumahan.
- Kemajuan bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan.  Ia juga
   hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Bandar di sini berasaskan blok-blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh      
  jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain.
- Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.
- Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
         
4. Jelaskan amalan-amalan berkaitan keagamaan masyarakat tamadun Hwang Ho.  (5 markah)

- Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.
- Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai,
   bukit dan gunung.
- Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh
   bomoh.
- Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.
- Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang
boleh ditafsir olehnya.
       
5. Jelaskan faktor-faktor yang membantu kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho. 
         (8 markah)

- Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh   
   Shih Huang Ti.
- Teknologi membajak, cangkul dan sabit telah dicipta.
- Petani telah mula menggunakan batas tanaman.
- Kemudian alat pertanian kayu ditukar kepada besi

Struktur-Bab 1 Tingkatan 4 (Aras 1)

SEJARAH TINGKATAN EMPAT
BAB 1:  KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

SOALAN STRUKTUR : ARAS 1


1.Zaman prasejarah ialah zaman manusia belum mengenali tulisan. Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi.  Zaman ini mengalami perubahan daripada kehidupan berpindah randah kepada kehidupan menetap.

(a) Nyatakan dua kegiatan masyarakat paleolitik. (2 markah)
            -           menangkap ikan, memburu binatang, memungut hasil hutan

(b) Nyatakan dua kegiatan masyarakat neolitik. (2 markah)
      -     cucuk tanam, ternak binatang

(c) Namakan dua pembahagian zaman logam. (2 markah)
      - zaman Gangsa, Besi


(d) Namakan dua hasil ciptaan zaman logam kesan penggunaan besi. (2 markah)

      - ciptaan perahu, rumah


(e) Namakan dua contoh kota pertahanan zaman logam. (2 markah)

      - Catal Huyuk dan Jericho



2.  Pembentukan tamadun adalah hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.

     Kewujudan petempatan kekal adalah ciri penting kemunculan tamadun ini.  Manusia mula menetap dan bermulalah corak hidup yang lebih sistematik.


(a) Nyatakan empat lapisan sistem sosial masyarakat tamadun awal. (4 markah)

- bangsawan, pembesar, rakyat biasa, hamba.


(b) Apakah unsur yang digunakan oleh raja atau pemerintah tamadun awal bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. (1 markah)

- unsur magis.


(c) Apakah nama sistem perdagangan berkaitan pertukaran barang kesan kemajuan pengkhususan pekerjaan. (1 markah)

- sistem barter.


Esei- Bab 1 Tingkatan 4 (Aras 1)

SEJARAH TINGKATAN EMPAT

BAB 1:  KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA


JANGAN GUNA POINT - INI SKEMA JAWAPAN GURU
SOALAN ESEI : ARAS 1


1. Nyatakan ciri-ciri kehidupan masyarakat zaman paleolitik dan mesolitik. (8 markah)

        -   Hidup secara nomad – berpindah  randah.
        -   Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua.
        -   Cara hidup – kelompok keluarga dan berkumpulan.
        -   Menyara hidup – menangkap ikan, memburu binatang, memungut hasil hutan.
        -   Alat-alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni.


2. Nyatakan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan tamadun Mesopotamia. (8 markah)

-     Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan, wakil tuhan dan pemilik negara kota.
-     Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja, kecuali Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “Raja Empat Penjuru Alam”.
-     Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta.
-     Raja juga menjadi ketua agama  dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat.
-     Zigurat ialah pusat ibadat, perdagangan, dan menyimpan khazanah negara.
-     Raja turut berkuasa dalam soal tanah, cukai, pertanian dan perniagaan.
-     Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga.
       
       
3. Nyatakan perkembangan tulisan tamadun Mesir.  (5 markah)

- Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.
- Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
- Tulisan digunakan bertujuan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.


4. Nyatakan perkembangan dan kepentingan ilmu perubatan kepada orang-orang Mesir.  (5 markah)

- Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat.
- Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
- Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan

Thursday, 3 March 2011

Strategi Pembelajaran Sejarah Dengan Berpandukan Buku Teks

STRATEGI PEMBELAJARAN SEJARAH DENGAN BERPANDUKAN BUKU TEKS 

Memahami dan mengingati isi kandungan dan fakta buku teks Sejarah Tingkatan III merupakan cabaran utama kepada guru dan calon PMR. Guru dan calon PMR perlu memahami
tiga perkara berikut sebelum membuat pembacaan dan mengulangkaji pelajaran iaitu:

1.1. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum)
1.2. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan, pembahagian bab, objektif pembelajaran bab, peta konsep, teks teras, Pustaka Ilmu, takrif kata, grafik, klik net, uji minda dan ujian dan penilaian)
1.3. Strategi penggunaan buku teks Tingkatan III (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan.

Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah, aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik ‘belajar cara belajar’ bagi membantu calon PMR menguasai kandungan buku teks). Bagi membantu calon PMR menggunakan buku teks ini pula, penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon.

Kaedah yang digunakan ialah kaedah

SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.
Kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.

Tinjau

Prinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara:

a) membaca mukadimah buku teks. Dengan membaca mukadimah atau pengenalan calon akan tahu susunan buku, tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukan
untuk mengulangkaji buku ini. Calon PMR dapat memahami buku ini ditulis mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR. Tingkatan III. Susunan bab dan tajuk mengikut tema 5 dan 6. Tema 5 : Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air Tema 6 : Pembentukan Persekutuan MalaysiaTema 5 dan 6 ini pula dibahagikan kepada 7 bab iaitu:

Bab 1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Bab 2 : Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 3 : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat
Bab 4 : Kerjasama Antara kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957
Bab 6 : Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah
Bab 7: Malaysia yang Berdaulat

Peta Konsep – merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruh

Teks Teras – setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu

Pustaka Ilmu – murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan

Takrif Kata – menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calon Grafik – terdapat gambar, foto, jadual, carta masa, rajah, logo, peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan

Klik Net – ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan

Uji Minda – membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab

Ujian dan Penilaian – membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu.

TanyaKebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari.

Soalan menyebabkan calon berfikir. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah:
Apa : Peristiwa Sejarah
Siapa : Tokoh dalam Sejarah
Bila : Pertarikhan dalam Sejarah
Di mana : Lokasi atau tempat kejadian
Mengapa: Peyebaban dalam Sejarah
Bagaimana: Kronologi dalam Sejarah

Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca.

Membaca
Apabila membaca, baca semuanya. Ini termasuklah graf, jadual, gambar, carta, illustrasi dan sebagainya. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca.

Panggil Kembali
Semasa membaca teks tersebut, calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yang
sudah diingat.

Lihat Semula
Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan.

Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan PMR

Dalam rencana ini calon PMR diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah PMR. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlu
membiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah PMR.

Calon PMR perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon PMR perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut:

Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab
1 Konsep sejarah
2 Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan3 Kesan peristiwa sejarah
3 Kronologi
4 Tokoh dalam sejarah
5 Perjanjian penting dalam sejarah
6 Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan, serantau dan antarabangsa
7 Ikhtibar

Buku Teks Sejarah Tingkatan III memberi penekanan kepada aspek pengetahuan sejarah, kemahiran sejarah dan nilai dalam sejarah. Pengetahuan sejarah amat penting untuk menjawab soalan sejarah.

Calon PMR perlu memahami sesuatu idea sejarah dan berusaha untuk menguasainya. Bagi menguji kemahiran calon menggunakan fakta sejarah, peta, gambar rajah, rajah, peribahasa,
puisi, pernyataan, senarai, petikan, jadual, maklumat dan sebagainya turut disertakan.

( 1 ) Mengenalpasti Definisi, Makna dan Istilah
Calon PMR perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang, maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan.
Contohnya takrif kata ‘feudal’, ‘imperialis’ (hlm : 87), ‘kader’, ‘kegiatan PKM’ (hlm : 88), ‘Baju Hijau’, ‘Home Guard’, ‘Special Constable’ (hlm : 93), ‘Min Yuen’, ‘Rancangan Briggs’, ‘Kampung Baru’, (hlm : 94), ‘Gerakan Kelaparan’, (hlm : 95), ‘Perang Saraf’ (hlm : 98), ‘Kawasan Hitam’, ‘Kawasan Putih’, ‘Perintah Berkurung’ (hlm : 100), dan ‘Community Liaison Committee’ (CLC) . Rujuk takrif kata yang disediakan.

Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks. Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon PMR menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon PMR perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah.

Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat.

( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh
Calon PMR perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah PMR. Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah.

Oleh sebab itu calon PMR perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau.

Misalnya Sir Edward Gent, Sir Henry Gurney, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Hussein, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob,  dan lain-lain.

Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling besar
kepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka untuk memudahkan kita membuat pengecaman.

Buat pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman.

( 3 ) Mengenalpasti Penyebaban atau Kesan Peristiwa Sejarah Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab dan akibat sesuatu peristiwa. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya.

Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep. Pelajar  perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan
pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain.

Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.

( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik

Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM), MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA), Malayan Races Liberation Army (MRLA), AWAS, PETA, MDU, PKMM, Malayan Chinese Association (MCA), UMNO dan sebagainya. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara.

( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah.

Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia ditandatangani.

Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Beberapa perkara perlu dikenalpastikan;

a) Tahun perjanjian itu ditandatangani
b) Sebab ia ditandatangani
c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu
d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan
e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara

Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda.

Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah. Tetapi perlu diingatkan bahawa, Kertas Sejarah PMR tidak pernah membebankan calon PMR dengan soalan berkaitan tarikh. Ingat tarikh bagi peristiwa penting sahaja. Jika tarikh sukar diingati, cuba ingat peristiwa tersebut sama ada berlaku di awal, pertengahan atau di akhir sesuatu kurun.

( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme, Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah

Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid.

Soalan Sejarah PMR mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon PMR berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari.

Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai.

Semoga berjaya dalam peperiksaan

Wednesday, 2 March 2011

Mohenjo-daro





Mohenjo-daro dibina sekitar tahun 2600 SM tetapi dikosongkan sekitar tahun 1500 SM. Pada tahun 1922, kota ini ditemui semula oleh Rakhaldas Bandyopadhyay, seorang pegawai Archaeological Survey of India. Beliau dibawa ke guar itu oleh seorang sami Buddha yang mempercayai bahawa guar tersebut adalah sebuah stupa. Pada 1930-an, kerja penggalian besar-besaran dijalankan atas kepimpinan John Marshall, K. N. Dikshit, Ernest Mackay, dan lain-lain lagi. Kereta John Marshall yang digunakan oleh para pengarah tapak masih berada di muzium Mohenjo-daro sebagai tanda memperingati pergelutan dan dedikasi mereka kepada Mohenjo-daro. Kerja penggalian selanjutnya dijalankan oleh Ahmad Hasan Dani dan Mortimer Wheeler pada tahun 1945.

Penggalian besar terakhir di Mohenjo-daro dipimpin oleh Dr. G. F. Dales pada tahun 1964-65. Selepas itu, kerja penggalian di situ dilarang kerana kerosakan yang dialami oleh struktur-struktur yang terdedah akibat keadaan cuaca. Sejak tahun 1965, hanya projek penggalian saki-baki, pantauan permukaan dan pemuliharaan dibenarkan di situ. Sungguhpun projek arkeologi besar dilarang, namun pada 1980-an, pasukan-pasukan peninjau dari Jerman dan Itali terajuan Dr. Michael Jansen dan Dr. Maurizio Tosi, menggabungkan teknik-teknik dokumentasi seni bina, tinjauan permukaan, mengikis dan mencungkil permukaan dan lain-lain, digunakan untuk menentukan bayangan selanjutnya mengenai tamadun kuno tersebut.

Lokasi

Mohenjo-daro terletak di Sindh, Pakistan di sebuah rabung zaman Pleistosen di tengah-tengah dataran banjir Sungai Indus. Rabung tersebut kini tertimbus oleh pembanjiran dataran berkenaan, tetapi menonjol sekali pada zaman Tamadun Lembah Indus. Rabung tersebut membolehkan kota Mohenjo-daro berdiri di atas dataran sekelilingnya. Tapak tersebut terletak di tengah-tengah jurang di antara lembah Sungai Indus di barat dan Ghaggar-Hakra di timur. Sungai Indus masih mengalir ke timur tapak itu, tetapi dasar sungai Ghaggar-Hakra kini sudah kering.

Pembangunan manusia selama bertahun-tahun dipercepatkan oleh keperluan meluaskan ruang. Rabung tersebut diluaskan menerusi platform bata lumpur gergasi. Akhirnya, penempatan tersebut meluas begitu besar sehingga ada binaan yang mencecah 12 meter atas paras dataran masa kini, dan dengan itu jauh lebih tinggi daripada ini atas dataran zaman purba.

Kepentingan

Pada zaman kuno, Mohenjo-daro mungkin sekali merupakan salah sebuah pusat pentadbiran Tamadun Lembah Indus kuno. Pada zaman kemuncaknya, Mohenjo-daro merupakan kota yang paling terbangun dan maju di Asia Selatan, dan mungkin juga di dunia. Perancangan dan kejuruteraannya menunjukkan kepentingan kota ini kepada masyarakat lembah Indus.

Tamadun Lembah Indus (c. 3300–1700 SM, f. 2600–1900 SM) merupakan sebuah tamadun sungai kuno yang mekar di lembah sungai Indus di India kuno (kini di Pakistan dan India barat laut). Tamadun ini juga dikenali sebagai "Tamadun Harappa."

Kebudayaan Indus mekar berabad-abad lamanya, lalu menimbulkan kebangkitan Tamadun Lembah Indus sekitar tahun 3000 SM. Tamadun tersebut menjangkau kawasan-kawasan yang kini diduduki negara Pakistan dan India Utara, tetapi alih-alih kemerosotan sekitar tahun 1900 SM. Petempatan Tamadun Indus tersebar sejauh pantai Laut Arab di Gujarat di selatan, sempadan Iran di barat, dengan kota kara di Bactria. Antara petempatannya termasuk pusat bandar utama di Harappa dan Mohenjo-daro, dan juga Lothal.
Piung-piung Mohenjo-daro merupakan salah sebuah pusat utama dalam masyarakat purba ini. Sesetengah ahli arkeologi berpendapat bahawa Tamadun Indus mencecah bilangan lima juta penduduk pada kemuncaknya.

Sehingga kini, lebih seribu kota dan petempatan telah dijumpai, terutamanya di lembah Sungai Indus di Pakistan dan India barat laut.

Seni bina dan prasarana bandar


Mohenjo-daro, 25 km di barat daya Larkana, adalah pusat Tamadun Lembah Indus Valley 2600 SM-1900 SM

Mohenjo-daro adalah sebuah binaan purbakala yang luar biasa, kerana mempunyai susun atur terancang yang berasaskan grid jalanan yang tersusun mengikut corak yang kemas sekali. Pada kemuncaknya, kota ini barangkali diduduki kira-kira 35,000 orang. Binaan-binaan di kota ini begitu maju, dengan struktur-struktur yang terdiri daripada batu-bata buatan lumpur dan kayu bakar terjemur matahari yang sekata saiznya.
Bangunan-bangunan awam di kota-kota ini adalah tanda masyarakat yang sangat terancang. Binaan yang bergelar Jelapang Besar di Mohenjo-daro mengikut tafsiran Sir Mortimer Wheeler pada tahun 1950 direka dengan ruang-ruang untuk menyambut pedati yang menghantar hasil tanaman dari desa, dan juga terdapat salur-salur untuk mengedarkan udara di bawah bijian dalam jelapang untuk mengeringkannya. Namun demikian, Jonathan Mark Kenoyer memperhatikan bahawa tiada bukti pernah adanya bijian dalam "jelapang" ini. Oleh itu, Kenoyer mengatakan lebih wajar diberikannya nama "Dewan Besar".
Berhampiran jelapang tersebut ada sebuah lagi binaan awam yang pernah berfungsi sebagai permandian awam besar, dengan tetangga yang turun ke arah kolam berlapik batu-bata di dalam halaman berderetan tiang. Kawasan permandian berhias ini memang tegap sekali dengan selapisan tar semulajadi yang menghambat kebocoran, di samping sebuah kolam di tengah-tengah. Kolam yang berukuran 12m x 7m, dengan kedalaman 2.4m ini barangkalinya digunakan untuk upacara keagamaan atau kerohanian.
Di dalam kota, rumah-rumah disalurkan air dari perigi. Sesetengah rumah ini dilengkapi bilik yang kelihatan diuntukkan untuk bermandi. Air buangan disalurkan ke longkang tertutup yang membarisi jalan-jalanan utama. Pintu masuk rumah hanya menghadap halaman dalam dan lorong-lorong kecil. Terdapat berbagai-bagai binaan yang hanya setinggi satu dua aras.

Sebagai kota pertanian, Mohenjo-daro juga bercirikan perigi besar dan pasar pusat. di samping sebuah binaan yang ada genahar bawah tanah (hipokos) yang mungkin sekali digunakan untuk pemanasan mandi.
Mohenjo-daro adalah sebuah kota yang cukup berkubu. Biarpun tiada tembok kota, namun adanya menara di barat petempatan utama, dan perkubuan pertahanan di selatan. Memandangkan pengubuan sedemikian serta struktur kota-kota lain di Lembah Indus seperti Harappa, menimbulkan persoalan sama ada Mohenjo-daro memang sebuah pusat pentadbiran. Harappa dan Mohenjo-daro berkongsi susun atur seni bina yang agak mirip, dan tidak berkubu kuat seperti tapak-tapak lain di Lembah Indus. Jelas sekali dari keirasan susun atur kota di semua tapak-tapak Indus, bahawa pernah adanya suatu kepusatan politik atau pentadbiran, cuma tidak jelas lagi sejauh manakah benarnya dan fungsi-fungsi pusat pentadbiran tersebut.
Mohenjo-daro dimusnahkan dan dibina semula bersilih ganti sekurang-kurangnya tujuh kali. Setiap kali, kota baru dibina terus di atas kota lama. Pembanjiran dari Sungai Indus disangka menjadi punca kemusnahan.
Kota ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kubu Kota dan Kota Rendah. Kebanyakan kawasan Kota Rendah masih belum ditemui, tetapi sememangnya Kubu Kota ini ada sebuah permandian awam, sebuah struktur perumahan besar yang direka untuk menempatkan 5,000 warga, dan dua buah dewan perhimpunan besar.

Mohenjo-daro, Harappa dan tamadun masing-masing, lenyap tanpa kesan dari sejarah sehingga ditemui semula pada 1920-an. Kerja penggalian besar-besaran dilakukan di situ pada 1920-an, namun tiada penggalian mendalam yang dijalankan sejak 1960-an.

Artifak "gadis menari" yang ditemui di Mohenjo-daro

Patung "raja pendeta"

Artifak

Patung "gadis menari" yang ditemui di Mohenjo-daro adalah sebuah artifak yang berusia sekitar 4500 tahun. Patung gangsa berkepanjangan 10.8 cm ini ditemui di sebuah rumah di Mohenjo-daro pada tahun 1926. Patung kecil ini adalah kegemaran ahli arkeologi British Mortimer Wheeler, seperti yang dipetik dari sebuah rancangan televisyen pada tahun 1973:

"Muka kecilnya bergaya Baluchi dengan bibir yang muncung dan paras rupa yang kelihatan tidak senonoh. Saya rasa umurnya tak lebih lima belas tahun, tetapi tidak memakai apa-apa selain gelang di lengan. Seorang gadis yang betul-betul yakin pada diri sendiri dan dunia pada ketika ini. Saya rasa tiada yang seumpamanya di dunia ini."

John Marshall, salah seorang penggali di Mohenjo-daro, memerikan gadis tersebut sebagai impresi jelas seorang gadis muda, berpostur kurang senonoh dengan sebelah tangan mencekak pinggul, sambil mengikut rentak muzik dengan tangan dan kaki.

Sebuah patung lelaki duduk berukuran tinggi 17.5 cm yang bergelar "Raja Pendeta" (walaupun tiada bukti pendeta atau raja memerintah kota ini), adalah satu lagi artifak yang menjadi lambang tamadun lembah Indus. Patung ini ditemui oleh para ahli arkeologi di Kota Rendah Mohenjo-daro pada tahun 1927. Ia ditemui di sebuah rumah ganjil yang binaan batanya berhias dan berceruk dinding, terlantar di antara dinding asas bata yang pernah menampung tingkat rumah. Patung berjanggut ini memakai pita rambut, lilitan lengan, dan mantel berhias corak trefoil yang asalnya berisi pigmen merah.